Pages

Thursday, September 8, 2011

Deman UPSR 2011.

Tanggal 13,14 dan 15 September 2011 ini merupakan tarikh yang di nanti-nanti oleh semua murid Tahun 6 di seluruh negara untuk menghadapi Ujian UPSR. Setelah berada dibangku sekolah bermula dari Tahun 1 lagi maka kini murid Tahun 6 ini akan diuji dan dinilai sejauh mana pencapaian mereka setelah menghabiskan masa 6 tahun belajar di sekolah rendah.

Banyak sekali tenaga dan keringat guru dan murid dicurahkan untuk menanti tarikh ujian tersebut termasuklah kelas tambahan petang, malam dan dihujung minggu. Ini belum lagi termasuk tuisyen tambahan bagi mereka yang mampu. Hinggakan kadang-kadang ini menjadi tekanan bagi guru-guru Tahun 6 yang mengajar pelajarn teras untuk mengekalkan pencapaian yang lepas atau pun untuk melepasi target yang ditetapkan oleh sekolah maupun PPD Daerah atau JPN.

Apapun ini perlulah ada timbang tara antara pihak pentadbir dengan guru yang terlibat bagi memastikan keiklasan mereka untuk mengajar diluar persekolahan. Dan inilah letaknya budibicara pihak pengurusan dengan guru yang terlibat bersama ibubapa atau PIBG disekolah masing-masing. Tiada gunanya kalau guru dipaksa jika hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan apa yang dibuat. Banyak mana program dianjurkan tapi jika pelaksanaannya tidak mencapai target atau matlamat sebenar maka ianya menjadi sia-sia atau lebih tepat merugikan masa dan tenaga.

Bagi guru yang terlibat tentulah bila arahan dibuat mereka terpaksa akur dengan keputusan pihak pentadbir, maka inilah yang perlu dilihat oleh semua kerana sesetengah guru yang terlibat dengan pengajaran tersebut mungkin mempunyai masalah yang tertentu pada saat -saat akhir sebegini maka masih lagi ada program pecutan yang memerlukan tenaga guru tersebut wal hal sudah sepanjang tahun guru Tahun 6 di kerah tenaganya kearah ujian UPSR ini. Maka ini yang terpaksa ditempuhi oleh guru Tahun 6. Jatuh bangun sesebuah sekolah itu terletak pada keputusan yang bakal dicoretkan dalam UPSR nanti oleh anak didik mereka di Tahun 6. Maka adalah wajar guru pelajaran teras Tahun 6 dihargai disamping guru-guru tahun lain oleh pihak pentadbir dan pihak yang berkenaan. Walahualam.......