Pages

Wednesday, September 11, 2013

Kerja Buat Seorang Yang Di pilih Oleh Rakyat.

Tidak siapa dapat menafikan peri hidup Abu Bakar Al-Sidik sewaktu dilantik  menjadi Khalifah Al-Rasyidin. Dengan berbekal barang perniagaan beliau mahu ke Pasar untuk meneruskan  mata pencariannya sebagai peniaga untuk menyara keluarganya miski pun telah dilantik menjadi Khalifah.

Akhirnya beliau ditegur oleh sabahat-sahabat lain agar menumpukan tugas sebagai Khalifah dengan wang saraan dari Baitul Mal sekadar mencukupi keluarga. Senjak hari itu maka Abu Bakar telah menumpukan segala fikir dan usaha untuk membina warisan agama dan kerajaan Islam yang dibina oleh Rasullulah S.A.W. biarpun terpaksa berdepan dengan golongan murtad dan juga musuh Islam yang lain.

Pengorbanan Abu Bakar untuk memelihara kerajaan Islam diterjemahkan dengan naluri sebagai pemimpin yang agung bilamana beliau tidak pernah menjadikan jawatan khalifah sebagai sumber pendapatan mahu pun kemasyhoran diri. Hinggakan untuk makan makanan yang manis terpaksa menyimpan wang saku untuk beberapa hari. Apa bila Abu Bakar menanya isteri dari mana wang di perolehi untuk membelinya.Jawap isteri bahawa dia menyimpan wang yang dia berikan.  Lalu Abu Bakar memasukkan kembali wang tersebut ke Baitul Mal kerana katanya wang tersebut terlebih digunakan untuk nya . Nah..lihatlah betapa jabatan yang dipegang bukan diminta , bukan juga untuk lombong rezki tapi atas pilihan Ummah yang inginkan pemimpin yang adil dan bertanggung jawab.

Terlalu banyak sifat takwa yang ada pada Abu Bakar...hinggakan pernah berkata " Alangkah bahgianya kau burung yang terbang berkicauan tampa takut hari penghisaban...aku ingin jadi sepertimu wahai burung..."
Dan pengorbanan Abu Bakar untuk agama tiada tolok banding apabila Nabi bertanya .." apa yang kau tinggalkan untuk keluargamu....wahai Abu Bakar. Jawapnya .." Allah dan Rasul"....dan ini membuat Umar Al-Khatab tidak lagi bermimpi untuk mengatasi Abu  Bakar dalam apa jua ......

Akhirnya saat kewafatannya tiba maka dibawanya harta yang selebihnya dan dimasukkan kedalam Baitul Mal..sebagai penganti upahan yang dipegangnya selama memegang jawatan Khalifah.....Kata Umar..Abu Bakar telah menunjukkan contoh dimana tiada seorangpun yang boleh mengungkit kembali semasa beliau memegang jawatan Khalifah..........

Maka hari ini siapakah kita yang ingin kedepan yang ingin menjadi " ketua" atau apa jua jawatan yang dipegang yang dipilih oleh rakyat..yang sumber pembiayaan nya juga dari rakyat....yang seikhlas Abu Bakar yang tidak pernah memikirkan " jawatan sebagai punca lombong emas" untuk diagih-agihkan kepada kroni sendiri  atau sumber kuasa bagi mendapat persen dari kontrak yang di luluskan ?

Maka usah senyum kambing dengan sebarang amanah jawatan yang dipegang kerana setiap gembala akan disoal diatas tanggungjawab yang diminta atau yang diamanahkan...walhahualam