Pages

Thursday, April 28, 2011

Perlukah Kita Bersumpah ?

Berbagai pandangan dan pendapat telah ditimbulkan apabila tersiar vidoe yang melibatkan orang politik. Yang satu beria-ria ingin menegakkan kebenaran walaupun terpaksa bersumpah. Yang satu lagi main putar alam hinggakan mengaitkan berbagai pendapat ustaz untuk bersumpah hinggakan perlu membawa empat saksi.

Inilah cara orang politik bermain bola. Tendang sana tendang sini. Yang pasti bilakah nak masuk gol kalau asyik dok tendang sana tendang sini bukan menuju gol tapi untuk kuis bola keluar padang. Lalu kata kita yang akan menang dalam permainan. Yang dok sokong pula macam-macam . Haru biru semua. Ada pula penyokong yang bertempik macam histeria.

Last-last bila dua pasukan dah lelah tak dapat sumbat gol maka ambil jalan tengah main sumpah-sumpah. Satu berani sumpah satu lagi buat hal lain. Tanya ustaz pula. Satu ustaz kata boleh untuk menentukan kebenaran. Yang ustaz satu lagi tak setuju kata bukan cara Islam. Maka ustaz pula yang dok main bola sama macam puak-puak ni. Maka bila agaknya wisel penamat boleh ditiupkan. Inilah gaya orang politik mewarnai corak undang-undang di Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

Antara Realiti Dalam Perjuangan.

Apabila selesai satu-satu pilihanraya sama ada kawasan maupun negeri seperti di Sarawak baru-baru ini maka berbagai pendapat dan celoteh kedengaran disana sini mengenai kejayaan parti yang bertanding terutamanya dua parti yang menyengat ia itu BN dan DAP.

Miskipun BN parti lama yang memerintah tapi dari sudut lain terasa juga kecutnya bila gelombang DAP dan PKR dari Semenanjung menghempas persisiran pantai Sarawak dengan berbagai isu hingga dapat juga mengegar bumi Sarawak dengan tambahan beberapa kerusi di kawasan bandar yang purata penduduknya berbangsa Cina. Bebagai tafsiran telah dibuat bila penyokong Cina memilih DAP berbanding parti Cina dari kerajaan yang memerintah.

Benarkah Cina-cina bandar ini sudah besar kepala dan mula berani menunjukkan protes? Atau apakah jasa yang ditaburkan oleh kerajaan untuk mereka belum mencukupi ? Apapun mereka lebih memamahi mengenai pilihan mereka tapi yang jelas DAP sudah mula bercabang dan akarnya mula mantap dan tidak ada sebab perkara yang sama tetap berlaku dibandar-bandar yang dihuni ramai oleh kaum Cina tetap memihak kepada DAP. Sebenarnya mereka lebih arif dalam permainan politik berbanding dengan bangsa Melayu dan Bumiputera lain.

Mereka bagaikan dedalu yang menumpang didahan. Jika terasa rapuh mereka akan mencari survival untuk sementara waktu dan bangkit untuk terus menguasai persekitaran sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Jika kita memperkatakan keadilan dalam pemeritahan maka lihat saja situasi dan realiti yang ada antara negeri-negeri yang dibawah perintah BN dengan negeri-negeri dibawah perintah pembangkang.

Cari lah persamaan dan perbezaannya dalam menegak kebenaran dan kebajikan untuk rakyat. Maka perkara yang sama harus menjadi kayu pengukur untuk menentukan kerajaan pilihan pada PRU 13 nanti. Satu-satu piliharaya bukanlah masa yang singkat dan banyak perubahan yang boleh berlaku bila satu-satu kerajaan yang memerintah terbentuk dari hasil undian rakyat. Untuk kembali mengubah keadaan memakan masa yang lama dan mungkin juga sudah terlambat.....

Jadi piliharaya bukanlah sesuatu masa untuk kita mencuba tapi ianya kesenambungan dan penerusan dari yang terbina.....

Monday, April 18, 2011

Antara Dakwah Dan Pengorbanan.

Kadang-kadang timbul kekeliruan dihati ini apakah bila kita mendapat maklumat mengenai kekalahan sebuah parti berlebel Islam di PRU Sarawak yang lalu maka satu andaian dibuat bahawa mereka disana telah menolak Islam ? Apa benarkah begitu kesimpulannya?

Perjuangan Nabi tidak pun berlebel dalam bentuk satu-satu parti. Malah bermulanya dakwah perseorangan (infradi) maka mula terbentuk jemaah sahabat yang sepuluh hingga ke angka 40 lebih mereka mula Hijrah ke Madinah untuk membina Mazkaz dakwah disana atas tujuan iman dan Islam.

Nabi pernah ke Taif dan disana mereka telah menghalang perjuangan Nabi malah dicaci nista hinggakan melepaskan kacang-kacang hantu mengusir dan melontari Nabi dengan batu-batu hingga berdarah. Bergerak keluar dari Tai dengan penuh kesedihan Nabi tetap berdoa agar generasi yang kemudian akan menerima Islam biarpun hari ini mereka memaki hamun.

Ternyata airmata dan doa Nabi diterima maka warisan sejarah ada menyatakan bahawa dari Bumi Taif inilah maka lahirnya daie yang membawa kalimah Islam ke benua India. Maka apa mungkin jika hanya satu tolakan keputusan pilihanraya maka kita sudah membuat kesimpulan rakyat Sarawak sudah menolak Islam ? Benarkah begitu ?

Pernahkah kita menjelajah dari desa ke desa atau dari pintu ke pintu bertemu dan bercakap Islam dengan mereka ? Kalau sekadar untuk tujuan kepartian dan kekalahan pilihanraya dijadiukuran sebagai menolak Islam rasanya terlalu jauh dari menepati ukuran sebenar seorang pejuang Islam.....walahualam.