Pages

Tuesday, February 4, 2014

Adakah Ubat Untuk Menghilangkan Malas Dan Rendah Diri?

      Bila disebut adakah anda ingin berjaya ? Maka tentunya setiap orang akan berkata " YA" . Itulah jawapan yang paling mudah dan senang difahami . Tapi jarang pula orang tahu bagaimana caranya untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin anda ceburi. Kerana yang bulat bukan datang dengan bergolek dan yang pipis bukan datang dengan melayang..Kejayaan bukan datang dengan senang tapi penuh cabaran dan dugaan.

      Tampa menempuh halangan maka pastinya kejayaan tidak akan berada dalam gengaman seseorang. Bermula dari seorang pelajar dibangku sekolah hingga keperingkat seorang koperat atau Perdana Menteri tentunya terpaksa melalui halangan dan rintangan yang berliku untuk sampai ke puncak . Jadi langkah pertama anda untuk berjaya adalah mengatasi rasa malas dan kurang yakin pada diri sendiri .

     Penyakit malas adalah penyakit yang paling "bahaya" yang boleh membunuh dan mematikan seseorang sebelum ajalnya sampai. AID. HIV, mau pun denggi bukan lah penyakit yang bahaya jika dibandingkan dengan "penyakit malas". Virus atau bekteria yang ada dalam penyakit ini tentunya ada ubat yang mungkin ditemui oleh pakar perubatan dan boleh diminum oleh pesakit untuk mengatasi masalah tersebut. Tapi adakah "satu" ubat atau penawar yang boleh mengubati penyakit malas yang boleh mengambil masa kurang dari10 minit untuk membunuh anda ?

    Tentu saja jika anda didalam air mahu pun didaratan jika anda "malas" untuk bernyawa maka anda akan tentu pasti mati..Betapa bahayanya penyakit malas ini......jika anda tidak pandai mengatasinya.Maka jalan terbaik untuk anda hidup maka bukalah  mulut dan hidung maka hiruplah udara sepuasnya kerana udara dan nafas yang DIBERI percuma ini tiada ternilai tapi jarang insan yang memahami dan menghargai nikmat yang diberiNYA. Dan paling terkedu  jika kita malas untuk mengsyukuri dan menghargai nikmat hidup yang disebabkan MALAS maka kita akan terlepas nikmat kesenangan sejati selepas mati .......