Pages

Wednesday, December 21, 2011

Krisis kepimpinan Dalam PAS . Siapa yang untung ???

Kata orang tua-tua mana lautan yang tak bergelora dan mana lidah yang tak tergigit. Begitu juga lah dalam Jemaah Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang dilanda krisis dalaman yang kian panas dan kini dah meletup keluar dari rumah sendiri malah ke serata dunia...dan mula di jaja rata oleh keluarga sendiri hasil keegoan yang tidak mahu merendah diri dan saling bermuhasabah sesamanya.

Bila sikap tidak lut dengan teguran dan saling ingin menyatakan pandangan yang berbeza diketepikan tampa dirujuk secara mahabbah, maka hati akan terguris, emosi akan terbakar. Apatah lagi bila terdapat juak-juak lain yang sengaja menjadi nasi tambah melalui blog dan media yang kadang-kadang diragui keikhlasannya dalam menegur apatah lagi yang ingin mencucuk duri kepada keadaan yang sedia ada....

Apapun diharapkan suasana ini dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti dengan hikmah kerana menyelesai masalah yang timbul dalam parti adalah lebih mudah dari masalah diluar parti.

Nampaknya perpecahan Melayu kini semakin meruncing bukan sahaja Umno yang menjadi tunjang harapan Melayu dan di gelar parti sekular...nampaknya Pas pun sama tercalit dalam perselisihan dan perpecahan . Jadi janganlah terlalu banyak menunding sedangkan semuanya" bukanlah dibawah kekuasaan kita.". Apa yang dikhuatiri dan disedari ,dimana untungnya antara UMNO dan Pas yang bersengketa ini jika jalan yang sangat berliku dan berduri terpaksa dirempuh bersama selepas PRU 13 nanti....paling menggerunkan kawan sebantal menikam dari belakang.........walahualam.

Thursday, September 8, 2011

Deman UPSR 2011.

Tanggal 13,14 dan 15 September 2011 ini merupakan tarikh yang di nanti-nanti oleh semua murid Tahun 6 di seluruh negara untuk menghadapi Ujian UPSR. Setelah berada dibangku sekolah bermula dari Tahun 1 lagi maka kini murid Tahun 6 ini akan diuji dan dinilai sejauh mana pencapaian mereka setelah menghabiskan masa 6 tahun belajar di sekolah rendah.

Banyak sekali tenaga dan keringat guru dan murid dicurahkan untuk menanti tarikh ujian tersebut termasuklah kelas tambahan petang, malam dan dihujung minggu. Ini belum lagi termasuk tuisyen tambahan bagi mereka yang mampu. Hinggakan kadang-kadang ini menjadi tekanan bagi guru-guru Tahun 6 yang mengajar pelajarn teras untuk mengekalkan pencapaian yang lepas atau pun untuk melepasi target yang ditetapkan oleh sekolah maupun PPD Daerah atau JPN.

Apapun ini perlulah ada timbang tara antara pihak pentadbir dengan guru yang terlibat bagi memastikan keiklasan mereka untuk mengajar diluar persekolahan. Dan inilah letaknya budibicara pihak pengurusan dengan guru yang terlibat bersama ibubapa atau PIBG disekolah masing-masing. Tiada gunanya kalau guru dipaksa jika hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan apa yang dibuat. Banyak mana program dianjurkan tapi jika pelaksanaannya tidak mencapai target atau matlamat sebenar maka ianya menjadi sia-sia atau lebih tepat merugikan masa dan tenaga.

Bagi guru yang terlibat tentulah bila arahan dibuat mereka terpaksa akur dengan keputusan pihak pentadbir, maka inilah yang perlu dilihat oleh semua kerana sesetengah guru yang terlibat dengan pengajaran tersebut mungkin mempunyai masalah yang tertentu pada saat -saat akhir sebegini maka masih lagi ada program pecutan yang memerlukan tenaga guru tersebut wal hal sudah sepanjang tahun guru Tahun 6 di kerah tenaganya kearah ujian UPSR ini. Maka ini yang terpaksa ditempuhi oleh guru Tahun 6. Jatuh bangun sesebuah sekolah itu terletak pada keputusan yang bakal dicoretkan dalam UPSR nanti oleh anak didik mereka di Tahun 6. Maka adalah wajar guru pelajaran teras Tahun 6 dihargai disamping guru-guru tahun lain oleh pihak pentadbir dan pihak yang berkenaan. Walahualam.......

Thursday, August 25, 2011

Bilakah akan berakhir Isu Murtab...?

Kehangatan isu murtab yang dibangkit oleh media massa dan juga para blogger turut mengamit aku untuk menulis disini atas rasa terpanggil sebagai seorang yang turut sama tersentuh dengan apa yang sedang berlaku hari ini.

Aku bukanlah seorang ustaz maupun mufti yang cukup pandai untuk mengupas isu yang amat jelas menyentuh hati seseorang yang sayang saudara seagamanya. Apa lagi bila setakat ini tiada apa-apa langkah susulan yang efektif untuk membendungnya dari terus merebak . Kenapa berlaku demikian ....? Kenapa orang lain dengan mudah memaling akidah umat Islam ini dengan hanya sekadar memberi gula-gula dunia ?

Apakah peranan Jabatan Agama negeri bila terjadinya peristiwa sebegini ? Yang jelas sudah berbunyi pandangan dan pendapat yang saling bencanggah dengan apa yang sepatutnya dibuat.
Sudah ada tangan-tangan luar yang ingin mempertahankan mereka yang terlibat dengan gejala ini supaya jangan di sentuh malah mahu pula dilindungi. Apakah ertinya semua ini?

Kalau betulpun mereka yang terlibat tidak di tangkap dan dibicarakan sekurang-kurangnya nasihat dan kaunseling perlu dibuat agar mereka kembali kejalan yang benar. Kaji dan selidik apakan yang memungkinkan mereka berbuat demikian agar langkah pencegahan dapat dibuat.Dan virusnya tidak terus menjalar kedalam masyarakat Islam yang lain.Yang jelas tentunya pihak Jabatan agama yang mesti mendahuluinya dalam perkara ini . Tapi nampaknya kerana berlaku kurang pemahaman atau mungkin juga kelainan dalam membuat tindakan disebabkan dasar politik maka setakat ini belum jelas apakah kata putus yang perlu dibuat oleh JAIS.

Apapun aku cukup sadis bila bangsa lain sewenang-wenang memerangkap saudara seagama ku agar berkiblat kepada mereka hingga sanggup meleburkan kalimah yang suci " Lailahailalah" yang merupakan pembuka kunci surga...... walahualam

Thursday, April 28, 2011

Perlukah Kita Bersumpah ?

Berbagai pandangan dan pendapat telah ditimbulkan apabila tersiar vidoe yang melibatkan orang politik. Yang satu beria-ria ingin menegakkan kebenaran walaupun terpaksa bersumpah. Yang satu lagi main putar alam hinggakan mengaitkan berbagai pendapat ustaz untuk bersumpah hinggakan perlu membawa empat saksi.

Inilah cara orang politik bermain bola. Tendang sana tendang sini. Yang pasti bilakah nak masuk gol kalau asyik dok tendang sana tendang sini bukan menuju gol tapi untuk kuis bola keluar padang. Lalu kata kita yang akan menang dalam permainan. Yang dok sokong pula macam-macam . Haru biru semua. Ada pula penyokong yang bertempik macam histeria.

Last-last bila dua pasukan dah lelah tak dapat sumbat gol maka ambil jalan tengah main sumpah-sumpah. Satu berani sumpah satu lagi buat hal lain. Tanya ustaz pula. Satu ustaz kata boleh untuk menentukan kebenaran. Yang ustaz satu lagi tak setuju kata bukan cara Islam. Maka ustaz pula yang dok main bola sama macam puak-puak ni. Maka bila agaknya wisel penamat boleh ditiupkan. Inilah gaya orang politik mewarnai corak undang-undang di Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

Antara Realiti Dalam Perjuangan.

Apabila selesai satu-satu pilihanraya sama ada kawasan maupun negeri seperti di Sarawak baru-baru ini maka berbagai pendapat dan celoteh kedengaran disana sini mengenai kejayaan parti yang bertanding terutamanya dua parti yang menyengat ia itu BN dan DAP.

Miskipun BN parti lama yang memerintah tapi dari sudut lain terasa juga kecutnya bila gelombang DAP dan PKR dari Semenanjung menghempas persisiran pantai Sarawak dengan berbagai isu hingga dapat juga mengegar bumi Sarawak dengan tambahan beberapa kerusi di kawasan bandar yang purata penduduknya berbangsa Cina. Bebagai tafsiran telah dibuat bila penyokong Cina memilih DAP berbanding parti Cina dari kerajaan yang memerintah.

Benarkah Cina-cina bandar ini sudah besar kepala dan mula berani menunjukkan protes? Atau apakah jasa yang ditaburkan oleh kerajaan untuk mereka belum mencukupi ? Apapun mereka lebih memamahi mengenai pilihan mereka tapi yang jelas DAP sudah mula bercabang dan akarnya mula mantap dan tidak ada sebab perkara yang sama tetap berlaku dibandar-bandar yang dihuni ramai oleh kaum Cina tetap memihak kepada DAP. Sebenarnya mereka lebih arif dalam permainan politik berbanding dengan bangsa Melayu dan Bumiputera lain.

Mereka bagaikan dedalu yang menumpang didahan. Jika terasa rapuh mereka akan mencari survival untuk sementara waktu dan bangkit untuk terus menguasai persekitaran sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Jika kita memperkatakan keadilan dalam pemeritahan maka lihat saja situasi dan realiti yang ada antara negeri-negeri yang dibawah perintah BN dengan negeri-negeri dibawah perintah pembangkang.

Cari lah persamaan dan perbezaannya dalam menegak kebenaran dan kebajikan untuk rakyat. Maka perkara yang sama harus menjadi kayu pengukur untuk menentukan kerajaan pilihan pada PRU 13 nanti. Satu-satu piliharaya bukanlah masa yang singkat dan banyak perubahan yang boleh berlaku bila satu-satu kerajaan yang memerintah terbentuk dari hasil undian rakyat. Untuk kembali mengubah keadaan memakan masa yang lama dan mungkin juga sudah terlambat.....

Jadi piliharaya bukanlah sesuatu masa untuk kita mencuba tapi ianya kesenambungan dan penerusan dari yang terbina.....

Monday, April 18, 2011

Antara Dakwah Dan Pengorbanan.

Kadang-kadang timbul kekeliruan dihati ini apakah bila kita mendapat maklumat mengenai kekalahan sebuah parti berlebel Islam di PRU Sarawak yang lalu maka satu andaian dibuat bahawa mereka disana telah menolak Islam ? Apa benarkah begitu kesimpulannya?

Perjuangan Nabi tidak pun berlebel dalam bentuk satu-satu parti. Malah bermulanya dakwah perseorangan (infradi) maka mula terbentuk jemaah sahabat yang sepuluh hingga ke angka 40 lebih mereka mula Hijrah ke Madinah untuk membina Mazkaz dakwah disana atas tujuan iman dan Islam.

Nabi pernah ke Taif dan disana mereka telah menghalang perjuangan Nabi malah dicaci nista hinggakan melepaskan kacang-kacang hantu mengusir dan melontari Nabi dengan batu-batu hingga berdarah. Bergerak keluar dari Tai dengan penuh kesedihan Nabi tetap berdoa agar generasi yang kemudian akan menerima Islam biarpun hari ini mereka memaki hamun.

Ternyata airmata dan doa Nabi diterima maka warisan sejarah ada menyatakan bahawa dari Bumi Taif inilah maka lahirnya daie yang membawa kalimah Islam ke benua India. Maka apa mungkin jika hanya satu tolakan keputusan pilihanraya maka kita sudah membuat kesimpulan rakyat Sarawak sudah menolak Islam ? Benarkah begitu ?

Pernahkah kita menjelajah dari desa ke desa atau dari pintu ke pintu bertemu dan bercakap Islam dengan mereka ? Kalau sekadar untuk tujuan kepartian dan kekalahan pilihanraya dijadiukuran sebagai menolak Islam rasanya terlalu jauh dari menepati ukuran sebenar seorang pejuang Islam.....walahualam.