Pages

Saturday, February 9, 2013

Ikhlaskah Pengorbanan Seorang Pemimpin ?

Aura PRU 13 semakin dekat. Parti-parti politik yang ingin bertanding dalam pilihanraya yang dijangka sengit dalam sejarah Malaysia, masing-masing sedang mengatur taktik dan strategi walau apa cara sekali pun samada dalam bentuk "halal" atau "haram". Yang penting mereka memperolehi kemenangan dalam komponen parti mau pun secara individu. Lantaran itu jentera pilihanraya telah diatur dari segenap arah agar mendekati pengundi dengan cara tersendiri dari peringkat Pusat hinggalah keakar umbi dengan bermotifkan "kemenangan".

Berbagai isu ditimbulkan agar pertahanan lawan goyah dan rapuh biarpun tampa bersandarkan fakta dan kebenaran. Paling sinis mencipta fitnah bagi menzahirkan keburukkan parti lawan dan mendapat simpati dari pengundi. Dan perangkap yang dipasang ini sudah memadai untuk mereka memperdayakan pengundi taksud masing-masing agar menyebelahi parti mereka. Dan cara ini sememangnya telah berjaya kerana pengundi "taksub" ini sudah pun didoktrinkan dari awal-awal lagi" umpama dah makan umpan ditangan" dan mereka-mereka inilah yang digunakan oleh pemimpin parti masing-masing untuk dilembukan dalam kerja buat parti mereka biarpun terpaksa membajak sawah yang luas dengan diberikan sedikit rumput kering tapi mata lembu dpakaikan kaca mata berwarna hijau. Maka telanglah lembu itu kerana disangka rumput segar.

Penyokong taksub ini sanggup buat apa saja sebagai pembawa bendera parti masing-masing. Mereka sanggup berada dibarisan depan menghadapi apa jua rintangan umpama "kepala perang" yang sedia bertempur tampa menoleh kebelakang.Sedia memberi masa, diri, harta hatta nyawa untuk parti kerena bagi mereka inilah pengorbanan suci untuk membina sebuah negara yang bakal diwarisi oleh anak cucu mereka. Silap acuan padah menimpa . Siapa yang menghalang tetap musuh mereka. Inilah semangat yang disuntik dan dibakar oleh setiap pemimpin parti hingga lapisan otak penyokong taksub ini sering memandang parti lawan sebagai musuh yang perlu dipenggalkan lehernya walaupun ia sebangsa dan seagama.

 Kerana idealogi tidak sama. Tarbiah pemimpin parti berbeza . Maka sudah hilang rasa hormat, telah hilang rasa kasih , telah hilang semua kebaikkan yang dicurahkan. Yang penting jatuhkan mereka dan AKU PEMIMPIN sejati yang akan membentuk negara yang terbaik. Maka terangkatlah seorang PEMIMPIN yang dibina dari keringat-keringat penyokong-penyokong mereka dengan "GAH NYA". Hingga laungan kemenangan itu menjadi simbolik atas dasar perjuangan mengangkat seorang pemimpin yang suci, adil dan yang akan membina masa depan warisan yang akan datang .....WALAHUALAM.