Kadang-kadang timbul kekeliruan dihati ini apakah bila kita mendapat maklumat mengenai kekalahan sebuah parti berlebel Islam di PRU Sarawak yang lalu maka satu andaian dibuat bahawa mereka disana telah menolak Islam ? Apa benarkah begitu kesimpulannya?
Perjuangan Nabi tidak pun berlebel dalam bentuk satu-satu parti. Malah bermulanya dakwah perseorangan (infradi) maka mula terbentuk jemaah sahabat yang sepuluh hingga ke angka 40 lebih mereka mula Hijrah ke Madinah untuk membina Mazkaz dakwah disana atas tujuan iman dan Islam.
Nabi pernah ke Taif dan disana mereka telah menghalang perjuangan Nabi malah dicaci nista hinggakan melepaskan kacang-kacang hantu mengusir dan melontari Nabi dengan batu-batu hingga berdarah. Bergerak keluar dari Tai dengan penuh kesedihan Nabi tetap berdoa agar generasi yang kemudian akan menerima Islam biarpun hari ini mereka memaki hamun.
Ternyata airmata dan doa Nabi diterima maka warisan sejarah ada menyatakan bahawa dari Bumi Taif inilah maka lahirnya daie yang membawa kalimah Islam ke benua India. Maka apa mungkin jika hanya satu tolakan keputusan pilihanraya maka kita sudah membuat kesimpulan rakyat Sarawak sudah menolak Islam ? Benarkah begitu ?
Pernahkah kita menjelajah dari desa ke desa atau dari pintu ke pintu bertemu dan bercakap Islam dengan mereka ? Kalau sekadar untuk tujuan kepartian dan kekalahan pilihanraya dijadiukuran sebagai menolak Islam rasanya terlalu jauh dari menepati ukuran sebenar seorang pejuang Islam.....walahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment