Merdekakah kita ?
Lama sekali aku tidak menconteng diblog aku. Entah apa sebabnya malam ini aku terasa gatal tangan untuk menulis sedikit berkenaan perkataan "Merdeka" yang mungkin tidak sama tafsirnya dengan orang lain. Aku bukan menulis untuk menolak pandangan penulis lain dalam menterjemah perkataan di atas, Begitupun aku bukan meminta siapa-siapa untuk menerima tulisan aku,,,, cuma kita hanya berkongsi idea di alam maya sekadar menghilang jemu sewaktu bersendirian sebegini.
Baru bulan lepas kita menyambut 31Ogos tarikh keramat dan laungan "Merdeka" kedengaran di media massa termasuk kibaran bendera Jalur Gemilang diseluruh negara. Alhamdulilah nampaknya kita telah merdeka dari penjajahan Mat Salleh dengan turunnya bendera Union Jack.Dan nikmat kemerdekaan telah kita lalui selama 60tahun hingga kini.
Tentu saja bila kita bandingkan kemajuan dan perubahan fizikal dikacamata ianya lebih baik,maju dan moden jika dibandingkan sebelum Merdeka yang kehidupan rakyat dan infrastrukturnya mundur dan ketinggalan. Aku memang mengakui yang kita telah berjaya.Cuma berapa kerat yang sedar dan tahu bahawa kemajuan yang kita damba ini hanya dapat dimiliki segelintir anak Malaysia pribumi. Yang lain seakan kebangaan yang diperolehi oleh Lebai Malang. Cerita sana cerita sini tapi semuanya milik orang lain. Aku seakan terkedu bila mendengar "Lagu Warisan" yang dinyanyikan. Ianya seakan aku dan negaraku.....sejengkal demi sejengkal Bumi ini bertukar tangan menjadi milik orang.....mungkinkah tangisan air mata darah berulang kembali ?
Kini kampung Rantau Panjang bumi kelahiran ku juga ikut sama dengan arus kemajuan selepas Merdeka. Kalau dulu kedainya dari atap rumbia dan papan kayu 100% milik pribumi. Tapi kinj sudah berubah wajah dengan bangunan batu yang bertingkat tiga setelah proses pengambilan tanah oleh kerajaan negeri. Harga satu hampir mencecah jutaan ringgit. Jika dulu tapak tanah itu adalah milik pribumi tapi dengan sebegitu mampukah pribumi membelinya ?
Jika sebelum merdeka penjajahlah yang membawa masuk orang asing ke Bumi ini yang akhirnya mereka kaya raya sedang pribumi tetap terpinggir.......tapi hari ini kemajuan selepas Merdeka telah membuat pribumi dan tanah yang dipijak telah jadi milik orang ...