Pages

Monday, April 16, 2012

Bolehkah sebuah parti politik mengeluarkan hukum?

Menjelang pilihanraya PRU 13 maka sudah berbunyi berbagai hukum telah dikeluarkan oleh parti yang mirip ke arah Islamik biar pun ianya agak meragukan. Aku bukan lah alim mau pun mufti untuk mengatakan ianya salah kerana tidak sebegitu mudah menyalahkan orang lain bila tidak sealiran dengan parti kita dengan cara mengeluarkan perkataan  kesat seperti gila dan sebagainya. Tapi secara logiknya  jika parti tersebut   sebagai  badan  perjuangan Islam  dan badan dakwah yang tulin untuk membina masyarakat kearah kebaikan dan berkebajikan tentunya rasa janggal dengan cara persembahan dan penyampaiannya.

Kerana parti  yang ada sekarang adalah warisan demokrasi  penjajah yang memberi kebebasan untuk setiap  warga negara yang berhak memilih parti apa pun yang dia suka jadi tidak ada hak untuk kita mempertikaikannya pilihan mereka. Apa lagi untuk menghukum sedemikian rupa. Cuma lagi cara penjelasan dan kempen yang betul, maka itu adalah hak setiap parti untuk meraih  undi dari orang ramai.

Kadang-kadang kita terkeliru dengan Parti Islam dan Politik Islam . Inilah yang menjadi salah satu sebab yang menjadi punca kekusutan yang timbul. Sebagai pemerhati kadang-kadang aku memang sedar bahawa politik Islam memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan dari hukum Allah kerana politik Islam adalah addin yang menjadi cara hidup samada dalam Ibadat ,Muamalaf mahu pun Munakahat yang tak terpisah.

Lantaran itulah kehidupan zaman Rasullulah dan sahabat-sahabat telah menjadi cahaya kepada orang bukan Islam untuk mendekati Islam melalui cara politik Islam yang dibawa oleh Baginda dan sahabat-sahabt. Mereka dapat menterjemahankan Islam dalam kehidupan  harian mereka lalu membuka ruang kepada manusia lain kearah Islam yang memberi ruang untuk  memeluk Islam secara terbuka. Sebagai contoh Hindun maupun Ikramah yang lari dari Islam tapi akhir telah memeluk Islam lantaran keindahan yang ada pada Islam dan akhlak sahabat semasa itu.

Maka apakah ada politik seperti itu.......Walahualam.




No comments:

Post a Comment