Pages

Saturday, April 14, 2012

Apa rasa bila dikritik ?

Lama juga aku tidak menulis blog ini. Hinggakan tak sedar hampir 6 bulan lamanya ia berlalu dan ada juga yang sudi mencelah komen . Aku ucapkan terima kasih pada mereka kerana ada yang sudi untuk linkkan blog ini atas rasa untuk bertukar fikiran dan ada juga sudi mengajar aku bagaimana untuk mengeja dengan betul. Semua itu aku anggap biasa kerana aku bukannya seorang blogger yang pro hanya sekedar menulis secara suka-suka.

Apa yang menarik bila aku cuba memberi sedikit pandangan yang mungkin diluar minda seorang pengikut politik tegar sesebuah parti , maka ada yang respon seakan begitu kontra hingga perlu dikuburkan parti lawannya. Inilah pandangan dan reaksi dimana-mana blog yang pernah aku kunjungi bahawa ramai yang mudah melenting bila dikritik wal hal kadang-kadang pandangan mereka ada kalanya boleh diterima. Dan ada juga blogger popular pembangkang tanah air yang pernah aku kunjungi yang hanya pandai mengkritik seolah-olah dialah penganalisis politik yang betul dan perlu diterima hinggakan panggilan dan pangkat yang diberi oleh Sultan kepada orang yang dikritik tu sengaja dibiar ketepi dan sanggup memanggil nama kampung yang sengaja diperlikan kerana kurang bersetuju dengan aliran bawaan politik disebelah sana. Betapa mudahnya mereka merendah darjat sesama saudara Islam wal hal dia adalah pemimpin negara yang diiktiraf dunia.

Bila aku ingin mencelah dan menghantar pandangan dan pendapat ke blognya siang-siang lagi dah didelete. Apa penakut sangat ke kalau nak dikritik ???. Jangan kritik orang kalau tak mahu dikritik kerana kadang-kadang kita juga perlu tunjuk ajar dari orang lain kerana tidak semua yang kita lakukan itu betul dan boleh diterima orang.........walahualam

No comments:

Post a Comment